Nilai –  Sebanyak 500 belia dari kumpulan B40 mewakili 17 sekolah telah menyertai Program Memperkasakan Daya Tahan Minda Melalui Kecerdasan Emosi dan Kemahiran Siber (DAMAI 2024) yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 26 September 2024. Program ini bertujuan memperkukuhkan daya tahan mental dan kesejahteraan emosi belia dalam menghadapi cabaran digital seperti buli siber dan keselamatan dalam talian.

Datuk Haji Md Yahaya Basimin menekankan pentingnya golongan muda dalam transformasi digital Malaysia, sementara Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, menegaskan usaha universiti dalam menyediakan kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi cabaran tersebut.

Peserta terlibat dalam pelbagai teknik pengurusan tekanan dan peningkatan keyakinan diri, serta belajar tentang keseimbangan digital dan komunikasi efektif. Program ini juga memberi penekanan kepada isu-isu siber seperti buli dan body shaming.

Sumber: Dr Nathratul Ayeshah Zulkifli

continue reading

Related Posts

  • 152 words0.8 min read

    NILAI – Karnival Mahasiswa Islam Madani anjuran Fakulti Kepimpinan dan […]

    Read More
  • 128 words0.6 min read

    REMBAU – Seramai 37 mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi, USIM, […]

    Read More
  • 156 words0.8 min read

    LAUSANNE – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat sejarah apabila […]

    Read More