NILAI – Sempena sambutan Hari Malaysia ke-61, Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) USIM dan Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (FAQEH) menganjurkan Program Bacaan Yasin dan Gema Selawat Bersama OKU secara dalam talian pada 16 September 2024.

Program ini menarik 300 peserta dari USIM, komuniti OKU, serta penyertaan dari Brunei dan Singapura, bertujuan memupuk perpaduan dan masyarakat inklusif.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden SaF@USIM, diikuti bacaan Surah Yasin oleh mahasiswa OKU, Muhammad Izaan, dan Gema Selawat oleh remaja autisme, Umar Hasfizal. Program ini dihadiri oleh Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff dan Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, yang menyatakan harapan agar lebih ramai masyarakat menyokong program ini pada tahun-tahun akan datang.

Acara diakhiri dengan doa selamat oleh pelajar OKU dari UniSZA. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menghargai komuniti OKU dan memperkukuhkan semangat perpaduan nasional.

Sumber: STRACOMM USIM

continue reading

Related Posts

  • 152 words0.8 min read

    NILAI – Karnival Mahasiswa Islam Madani anjuran Fakulti Kepimpinan dan […]

    Read More
  • 128 words0.6 min read

    REMBAU – Seramai 37 mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi, USIM, […]

    Read More
  • 156 words0.8 min read

    LAUSANNE – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat sejarah apabila […]

    Read More