LAUSANNE – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat sejarah apabila 14 pelajar Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) menjadi kumpulan universiti awam pertama dari Malaysia yang melaksanakan program libatsama masyarakat di Switzerland pada 18 September hingga 1 Oktober 2024. Program ini, di bawah inisiatif USIM Global Islamic Student Outreach (GISO) bertema “Unraveling the Essence: Hello Swiss,” bertujuan memperkasa pelajar melalui kesukarelawanan dan pertukaran budaya.

Dipimpin Puan Nur Farhana Sulaiman, program ini melibatkan kolaborasi dengan Swiss Muslim Hikes, EHL Business School, dan beberapa institusi lain. Salah satu acara utama adalah memperkenalkan hidangan Malaysia seperti nasi lemak dan rendang kepada komuniti tempatan, mencetuskan minat dan dialog budaya.

Menurut Puan Nur Farhana, kejayaan program ini adalah hasil usaha tiga tahun, termasuk penulisan kertas kerja dan penjanaan dana. Timbalan Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, menyifatkan program ini sebagai berimpak tinggi dalam membentuk modal insan masa depan.

Program ini mendapat sokongan daripada Talent Corp, Akrab Padu, AZ Printing, dan Radiant Exclusive.

Sumber : USIM

continue reading

Related Posts

  • 152 words0.8 min read

    NILAI – Karnival Mahasiswa Islam Madani anjuran Fakulti Kepimpinan dan […]

    Read More
  • 128 words0.6 min read

    REMBAU – Seramai 37 mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi, USIM, […]

    Read More
  • 139 words0.7 min read

    NILAI – Sempena sambutan Hari Malaysia ke-61, Pusat Penyelidikan Ibnu […]

    Read More