
NILAI – Karnival Mahasiswa Islam Madani anjuran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM dengan kerjasama organisasi kemanusiaan menarik lebih 180 mahasiswa untuk menyemai keprihatinan terhadap isu kemanusiaan global.
Majlis perasmian oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), berlangsung di Dewan Kuliah FKP pada 10 Oktober 2024. Turut hadir Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, serta wakil organisasi kemanusiaan GPM, MRA, dan Yayasan Taqwa-MAIWP.
Majlis ini juga menyaksikan penyerahan cek RM20,000 kepada Sekolah Jasmine Ash Sham, Ampang, sebagai simbol usaha mahasiswa membantu masyarakat. Dr. Mohd Na’im dalam ucapannya menggalakkan mahasiswa menanam nilai kemanusiaan dan berbakti demi kesejahteraan global, selaras aspirasi ‘Islam Madani’.
Acara turut merangkumi penyampaian hadiah bagi pertandingan FKP Got Talent, Penulisan Khutbah, dan cabaran TikTok, diakhiri dengan bacaan qunut nazilah untuk rakyat Palestin. Karnival ini berjaya meningkatkan kesedaran dan mengajak mahasiswa untuk lebih aktif dalam usaha kemanusiaan.
continue reading
Related Posts
REMBAU – Seramai 37 mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi, USIM, […]
LAUSANNE – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat sejarah apabila […]
NILAI – Sempena sambutan Hari Malaysia ke-61, Pusat Penyelidikan Ibnu […]