Tentang OASIS
Satu pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan utama universiti secara terus kepada pelajar merangkumi hal ehwal akademik dan hal ehwal pelajar.
Mempunyai kaunter khidmat pelanggan bagi memudahkan pelajar berurusan bagi menyelesaikan perkara berkaitan perkhidmatan utama universiti.
Mempunyai satu laman web rasmi untuk menjadi rujukan dan membantu pelajar mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan perkhidmatan utama universiti.
Menyediakan beberapa fasiliti yang boleh ditempah bagi menjalankan aktiviti pameran, bengkel, latihan, hari bertemu pelanggan, gerai jualan dan pelbagai program yang bersesuaian.
Turut dilengkapi dengan kafeteria hipster, pusat pengambilan parcel, kedai gunting rambut, perkhidmatan cetakan dan fotostat, barangan cenderamata, kedai serbaneka dan lain-lain.
Motto
SATU TEMPAT, SANTUNI HASRAT
Visi
MENJADI SEBUAH PUSAT KHIDMAT SETEMPAT YANG BERKUALITI, TERKINI DAN TERBILANG
Misi
Menyediakan perkhidmatan secara berpusat yang komprehensif untuk membantu pelajar mencapai keperluan akademik, peribadi dan profesional mereka.
Memberikan perkhidmatan yang sentiasa cekap serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk menghasilkan penyelesaian yang berkesan mengikut keperluan pelajar atau pelanggan.
Objektif
- Menambah Pengalaman Pelajar: Meningkatkan kepuasan hati dan pengalaman pelajar secara menyeluruh dengan menyediakan akses mudah kepada pelbagai jenis informasi, perkhidmatan dan sumber penting di satu tempat sahaja.
- Menambah Kecekapan Operasi: Memperkemaskan proses pentadbiran dengan menggunakan kaedah terkini yang mengurangkan kerenah birokrasi dan dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan universiti dalam menghasilkan tempoh masa tindak balas yang lebih pantas.
Meningkatkan Tahap Kolabrasi Antara Staf dan Pelajar: Membina hubungan yang lebih profesional dan akrab diantara staf universiti dan pelajar dengan menyediakan peluang kerjasama yang lebih luas dari segi perbincangan, peluang kerja sementara dan program-program di universiti.
Memupuk Kejayaan Akademik: Menyokong kejayaan akademik pelajar dengan menawarkan perkhidmatan nasihat dan bimbingan untuk membantu pelajar menguruskan perjalanan kehidupan di universiti yang lebih baik dan mencapai matlamat akademik mereka.
- Memudahkan Pembangunan Kerjaya: Menawarkan kaunseling kerjaya, bantuan penempatan kerja dan peluang bagi pembangunan profesional untuk memperkasakan pelajar dalam membuat pilihan kerjaya, memperoleh pengalaman kerja dan berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
Piagam Pelanggan OASIS
Ketepatan Masa:
Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cepat dan cekap serta berusaha untuk menjawab pertanyaan dan permintaan dalam tempoh 2 minit setelah mendapat akses ke perkhidmatan di kaunter kami.Kebolehcapaian:
Kami menjamin kebolehcapaian untuk semua pelajar termasuk mereka yang kurang upaya dengan menyediakan akses tanpa halangan kepada kemudahan dan perkhidmatan kami serta kami berjanji untuk mengekalkan waktu operasi dan lokasi yang mudah untuk menampung keperluan dan jadual pelajar.Kualiti Perkhidmatan:
Kami berdedikasi untuk menyediakan petugas yang berpengetahuan dan terlatih untuk memberikan maklumat yang tepat dan bantuan peribadi serta terus menilai dan menambah baik perkhidmatan kami berdasarkan maklum balas pelajar dan tinjauan kepuasan pelanggan.Ketelusan:
Kami berjanji untuk berkomunikasi secara telus dan berintegriti dengan pelajar tentang jangkaan perkhidmatan, kemungkinan kelewatan dan alternatif yang tersedia untuk memastikan pelajar mendapat pengalaman yang positif.